CADANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU
MASJID JAMEK BANDAR KULAI
1.PENDAHULUAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala pujian kembali hanya kepadaNya jua. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad S.A.W. serta Keluarga Baginda, Para Sahabat dan Para Pengikutnya dari masa ke semasa.
Kertas cadangan ini bertujuan menjelaskan satu perancangan yang mengandungi segala aspek dan butiran tentang cadangan membina bangunan baru Masjid Jamek Bandar Kulai, Jalan Kampung Melayu, 81000 Kulai, Johor. Bagi menampung Jemaah yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Bangunan Masjid yang sedia ada sekarang didapati telah tidak sesuai dengan keadaan masa dan perkembangan zaman yang terus berputar laju dan berubah dengan pesatnya. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
Ianya tidak lagi dapat menampung jumlah Jemaah yang semakin bertambah ramai. Bilangan pendudukan Bandar Kulai kini 106,500 orang.
Pembesaran secara berperingkat-peringkat dan bersambung-sambung hingga menghilangkan keindahan artistik dan keseimbangan bentuk asli sebuah masjid.
Disebabkan kawasan tapak yang agak terbatas tetapi tiada susunan pembinaan dengan terancang rapi dari awal.
Pengubahsuaian mengikut tahun dapat dirujuk pada rajah yang dilampirkan. Keterangannya seperti berikut:
A] Masjid asal yang dibina pada tahun 70’an berukuran 30’ x 50’.
B] Pengubahsuaian pada tahun 80’an dengan membesarkan Dewan Sembahyang menjadi 50’ x 80’.
C] Kakilima 10’ keliling Masjid berbentuk U.
D] Pembinaan ruang Sembahyang tidak berdinding berukuran 20’ x 40’.
E] Bilik Sembahyang wanita dibina pada tahun 80an berukuran 20’ x 40’ yang digunakan untuk Solat Jumaat.
2.JUSTIFIKASI
Penduduk-penduduk Bandar Kulai ini semakin meningkat dari masa ke semasa. Sebanyak 7,350 buah rumah dimiliki oleh Orang Melayu yang didiami seramai 36,750 orang. Ini menunjukkan keperluan pembinaan Masjid Baru dan menjadi lambang serta pusat aktiviti Orang Melayu dan Umat Islam di sini perlu disegerakan.
Memandangkan layout tapak Masjid yang ada ini berada diposisi yang amat strategik, kawasannya yang terletak agak di tengah-tengah jarak jauh yang seimbang (di perantaraan) ke utara, selatan, timur dan barat, di kelilingi rumah-rumah penduduk yang penghuninya mudah mengunjungi Masjid pada setiap Solat Lima Waktu dan berhampiran pula dengan Sekolah Agama, Perhentian Bas, Pasar Awam dan Pejabat-pejabat Kerajaan dan Swasta serta Kilang-Kilang Perindustrian.
Tapak masjid ini memang cantik, menarik dan sesuai menjadi pusat aktiviti serta gedung ilmu kepada masyarakat di sini. Kedudukannya di atas bukit jika dibina dengan menggunakan tanah secara maksima sudah pasti ia menjadi simbol Bandar Kulai dan lambang kebanggaan Umat Islam di sini.
Bentuk fizikal Masjid ini pula agak terlindung jika di pandang dari Kampug Melayu dan jika dilihat dari Perhentian Bas tidak kelihatan kecuali kubahnya sahaja. Ahli Jawatankuasa Masjid telah berusaha sedaya upaya memperbesarkannya dengan menambah ruang Sembahyang serta mencantikkan bagi menampung Jemaah yang semakin meningkat. Oleh kerana pembinaannya secara berperingkat-peringkat menyebabkan susun atur tempat sembahyang yang tidak sekata dan peredaran udara tidak begitu baik. Bangunan-bangunan sekolah, pejabat-pejabat dan bangunan perniagaan berdiri dengan tingginya serta menawan mengikut peredaran zaman. Hanya Masjid Jamek Bandar Kulai yang masik kekal seperti tahun 70an. Oleh yang demikian kami ingin membentangkan cadangan kepada pihak yang berkuasa untuk membantu menjayakan hasrat kami mendirikan Masjid Baru di tapak yang sama sebagai mercu tanda Bandar Kulai.
3. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN:
3.1. Peringkat Daerah Johor Baharu / Kulai ( Tahun 2000 - 2006 )
Bil Nama Acara Jumlah Jemaah
1. Sambutan Maal Hijrah 500
SolaT Maghrib
Bacaan Yassin/Tahlil
Ceramah Agama
Solat Isyak dan Jamuan
2. Sambutan Maulidur Rasul
Perarakan dari Pejabat Tanah&Daerah Kulai 2000
Ke Masjid Jamek Bandar Kulai
Bacaan Barzanji dan Marhaban
Ceramah Maulidur Rasul
JamuaN
3. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor
Solat Maghrib
Bacaan Yassin/Tahlil 300
Solat Isyak dan Jamuan
4. Sambutan Isyrak dan Miraj (27 Rejab)
Solat Maghrib 300
Solat Isyak
Ceramah dan Jamuan
5. Sambutan Hari Kemerdekaan
Solat Maghrib
Bacaan Yassin/Tahlil 300
Solat Isyak
Ceramah dan Jamuan
6. Sambutan Hol Al-Marhum Sultan Ismail
Solat Maghrib
Bacaan Yassin / Tahlil 300
Solat Isyak & Jamuan
7. Sembahyang Hajat Perdana Untuk
Pelajar-Pelajar Sekolah Daerah Kulai
Yang Akan Mengambil Peperiksaan
UPSR, PMR, SPM Dan STPM
Solat Maghrib 500
Bacaan Yassin / Tahlil Ringkas
Tazkirah Ringkas
Solat Isyak
Solat Hajat dan Jamuan
8. Kursus Imam, Bilal dan Noja Masjid / Surau 300
9. Kursus Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari 300
Masjid/Surau
10. Kursus Pengurusan Jenazah 250
11. Gotong Royong Perdana Pembersihan Masjid
untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul oleh 150
Pasukan RELA, BOMBA dan JKK Kampung
12. Kursus Pengurusan Jenazah untuk Guru-guru
Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Daerah Kulai. 150
3.2.Kampung Melayu
Bil Nama Acara Jumlah Jemaah
1. Solat Jumaat (hari biasa – hari persekolahan) 2,000
Solat Jumaat (Cuti Persekolahan) 1,800
2. Solat Hari Raya Puasa
(Jumlah Jemaah bersembahyang terlalu ramai 2,000+
dan tiada tempat/ruang untuk bersembahyang)
3. Solat hari Raya Haji (Qurban)
(Jumlah Jemaah bersembahyang terlalu ramai 2,000+
dan tiada tempat/ruang untuk bersembahyang)
4. Penyembelihan Qurban (Gotong Royong) 300
5. Sambutan Maulidur Rasul
Solat Maghrib
Perarakan
Barzanji dan Marhaban 300
Solat Isyak
Ceramah Maulidur Rasul
Jamuan dan bersurai
6. Membudayakan Al-Quran
Setiap Malam Selepas Solat Maghrib
(Malam Sabtu, Ahad dan Isnin)
7. Tadarus Al-Quran
Setiap Hari Selepas Solat Subuh 10
Bil Nama Acara Jumlah Jemaah
8. Kuliah Maghrib
Setiap malam Selasa, Rabu dan Khamis 20
9. Ratib Al-Atas dan Bacaan Asma Husna
Setiap Malam Isnin Minggu Terakhir 50
Setiap Bulan
10. Bacaan Barzanji (Awal hingga Akhir)
Awal Rabiul Awal hingga 12 Rabiul Awal 20
11. Bacaan Yassin /Tahlil
Setiap Malam Jumaat 30
Selepas Solat Maghrib
12. Takbir Malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha 30
13. Tahlil Subuh Hari Raya Aidil Fitri dan 30
Aidil Adha
14. Sembahyang Tarawih
(Setiap Hari Bulan Ramadhan) 250
15. Khatam Al-Quran (Malam 27 Ramadhan) 150
16. Qiamulailil (Malam 27 Ramadhan) 50
17. Ceramah Agama (Bulanan) 70
18. Kelas Taranum Al-Quran (Malam Sabtu)
selepas Solat Isyak 30
19. Bacaan Yassin Nisfu Sya’ban 50
20. Bacaan Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah 50
4. BENTUK CADANGAN
Dengan justifikasi di atas, Ahli Jawatankuasa Masjid telah mewujudkan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Jamek Bandar Kulai dan telah melantik Konsultan bagi mengilhamkan reka bentuk bangunan Masjid yang sesuai mengikut muka bumi di tapak yang sedia ada.
Masjid yang dicadangkan ini mempunyai tiga aras agar segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan dan lebih terancang. Susun atur bangunan mengikut aras seperti berikut:
4.1.Di aras Bawah:
Dilengkapi dengan Pejabat, Bilik mesyuarat, perpustakaan, ruang-ruang kelas pendidikan, bilik pengurusan jenazah, stor, ruang-ruang perniagaan dan tempat letak kenderaan.
4.2.Di aras Utama:
Dewan Sembahyang yang lengkap dengan bilik Imam, Bilal, Bilik P.A. Sistem, Koridor, Tempat mengambil Wuduk dan tandas Lelaki. Dewan Sembahyang dapat menampung serama 1,300 Jemaah dan ruang koridor pula seramai 900 orang Jemaah.
4.3.Di aras Atas:
Ruang Sembahyang Wanita yang dapat menampung 990 Jemaah dan di koridor pula 180 Jemaah. Ia juga dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk dan tandas Wanita.
Pintu masuk ke masjid ini mempunyai dua pintu utama iaitu melalui Jalan Lengkongan dapat melalui dari aras bawah yang akan melalui kawasan pejabat dan lain-lain. Dan satu lagi melalui Jalan Kampung Melayu. Kemudahan tangga dan laluan disediakan bagi menghubungi setiap aras.
Dewan Sembahyang yang luas dan berbumbung tinggi, serta Kubah yang dibina sebegitu rupa dapat memastikan peredaran udara yang baik.
5. PERUNTUKAN
Masjid Jamek Bandar Kulai dianggarkan menelan belanja RM3.1 Juta (Ringgit Malaysia Tiga Perpuluhan Satu Juta) Dengan tersergamnya Masjid itu kelak dapatlah penduduk menyempurnakan Ibadah Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah dengan lebih sempurna.
Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Kulai rasa amat yakin kepada Kerajaan yang pasti dapat merealisasikan impian penduduk-penduduk Bandar Kulai dengan menyumbangkan peruntukan bagi membina sebuah bangunan Masjid yang baru.
6. PENUTUP
Kami Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Kulai rasa bersyukur dan rasa terima kasih kepada semua pihak yang sedia membantu dalam usaha-usaha mendirikan Masjid untuk kemudahan orang ramai. Terutamanya kepada pihak Kerajaan yang amat prihatin dengan masalah rakyatnya.
Dengan adanya Masjid baru tersebut dapat memberi kemudahan dan kebanggaan kepada Umat Islam. Mudah-mudahan dengan wujudnya Masjid ini kelak Jemaah di sini dapat ruang atau tempat untuk menunaikan Fardhu ‘Ain dan Kifayah dengan lebih selesa.
Kami berdoa kepada Allah agar sentiasa merahmati kepada semua umat Islam di Malaysia terutamanya kepada mereka yang membantu dalam apa bentuk sehingga terbina Bangunan Masjid Jamek Bandar Kulai yang baru di Bandar Kulai ini. Insya Allah.
TUJUAN MEMORANDUM
1. Demi kepentingan masa depan penduduk khususnya yang sentiasa berada di sekitar kawasan Bandar Kulai ini dan kemajuan Ummah dalam menjalankan aktiviti kewajipan beragama, semua pihak perlu prhatin dan bertanggungjawab bahawa untuk mendidik dan membentuk Insan Rabbani dalam masyarakat madani bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan satu perancangan jangka panjang dan teliti dengan sokongan dari semua pihak.
2. Oleh itu Masjid Jamek Bandar yang berusia lebih 33 tahun ini yang juga sudah terkenal di kalangan penduduk sekitarnya dan juga penduduk Bandar Kulai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian Solat Lima Waktu yang telah ditetapkan. Begitu juga tugasan/giliran pegawai-pegawai Masjid Jamek yang bertugas setiap waktu bagi mengadakan kelas-kelas bimbingan, kelas fardu ‘ain, kelas Al-Quran dan lain-lain lagi.
3. Masjid Jamek Bandar Kulai merupakan pusat pertemuan Umat Islam dari berbagai kaum di kawasan ini, yang terdiri dari Masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Lokasi Masjid ini yang terletak di tepi Jalan Lengkongan berhampiran dengan Perhentian Bas, Gerai Makan, Pasar, Sekolah Rendah dan Menengah, Balai Polis dan Kawasan Taman-Taman Perumahan.
4. Boleh dikatakan setiap aktiviti keagaman peringkat Daerah Kecil Kulai atau peringkat Daerah Johor Bahru disempurnakan di Masjid Jamek Bandar Kulai ini. Masjid ini juga merupakan tempat persinggahan para Jemaah dari utara untuk ke Bandaraya Johor Bahru atau ke Kota Tinggi. Lokasi bandar yang terletak tidak jauh dari tol Kulai merupakan bandar persimpangan untuk memastikan arah tujuan. Tidak hairanlah jika masjid ini tempat mereka untuk bersolat dan berehat sebentar.
5. Pembangunan di kawasan Bandar Kulai ini terlalu pesat, taman-taman perumahan wujud di segenap kawasan Majlis Daerah Kulai. Secara tidak langsung ia menyumbang peningkatan dan penambahan penduduk yang amat ketara. Masjid yang ada kini tidak dapat menampung Jemaah yang hadir untuk bersolat Jumaat yang kini mencecah 1,800 orang Jemaah.
6. Dari itu kami seluruh penduduk Bandar Kulai, Johor dengan rendah hati merayu agar dapat dipertimbangkan permohonan pembinaan Masjid Jamek yang baru didirikan di tapak yang sama. Masjid baru yang dicadangkan ini kelak dapat memberikan keselesaan kepada semua jemaah amnya dan penduduk Bandar Kulai khasnya.
7. Masjid yang ada sekarang dicadangkan dibina di atas tapak tanah yang sama di Lot No. 1798 dengan keluasan 0.599 HA. Plan lokasi tanah ada dilampirkan. Kedudukannya agak strategik mudah dikunjungi oleh para Jemaah di kalangan masyarakat tempatan dan luar. Jika dibina masjid baru itu kelak seperti yang tertera di plan yang dilampirkan kelak ia dapat dilihat dari jarak yang lebih jauh.
8. Justeru itu kami sangat berharap agar pihak-pihak yang berwajib dapat mempertimbangkan Pembinaan Masjid Jamek baru. Hasrat kami adalah untuk memberikan kemudahan, keselesaan seluruh penduduk Bandar Kulai agar mendapat kesejahteraan dan kemajuan Ummah.